Alhamdulillah.. Allah izin pada saya untuk menghirup mutiara-mutiara faedah dari buku ini. "Nasihat dari hati ke hati - Abdullah Haidir"
Saya kena tukarkan pembacaan saya yg kebelakangan ini berkisar cinta khususnya novel jua syair-syair arab yg kadang kala bila didalami, menimbulkan asyik, ghairah..
Saya menetapkan diri saya, bukanlah seseorang yg sesuai untuk mengulas lebih lanjut tentang perkara ini (soal masalah cinta).. mungkin orang lain?
"Kamu adalah apa yang kamu baca."
Baik, berbalik semula kepada faedah buku ini. Saya lihat sungguh banyak walaupun helaian muka suratnya tidak sampai pun sejilid tebal buku-buku biasa.
Tetapi buku ini menenangkan saya. Sungguh bagaikan sahabat yang tenang jua menenangkan.
Kalian tahu, apa itu sahabat yg tenang jua menenangkan?
Iaitu sahabat yang kata-katanya sentiasa berasaskan Al-Qur'an dan Hadis. Bagaikan air sungai yg mengalir membasahi nurani. Nyaman dan menyegarkan. Kata-katanya itulah yg mencerminkan peribadinya.. Hatinya basah dengan zikrullah.. Tindakannya pula sentiasa meletakkan syurga dan neraka di hadapannya.. masyaAllah, sungguh mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wassallam.
Jadi, ayuh introspeksi diri. Apakah diri ini sahabat yg menenangkan?
Atau sahabat yg bakal dicaci sebegini?
“Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!" - (Surah Al-Furqaan, ayat 28)
Ya muqalliban quluub thabbit qalbina 'ala diinik.. ameen
11 comments:
mai.. rasanya perkataan qalb tu pun kena guna untuk jama' sebab kita guna dhamir nahnu.
= ya muqallibal quluub, thabbit quluubana 'ala deenik (ada juga yg baca 'ala tho'atik)
- kak izzah
Kak.. maksudnya gini ke?
qalb = mufrad
quluub = jama'
Kenapa quluubana, bukan quluubina?
**- Kak, waajibat mai dah boleh ambil ke?
panjang nye akak explen pastu tiba2 line tenet mati.. huhu.. nanti kita jumpa lah akak terang,, huhu
huhu.. takpelah
Bila meeting akak ngan kak aini? Ingat nk join meeting sekali harung je, baru best ;)
Weekend ni kan? Sabtu ke ahad? Pukul?
قلوب:
اسم مفعول منصوب على الفتح
مفعول به منصوب وعلامة نصبه الفتح
sebab quluub di situ adalah maf'ul bihi (yang kene buat)...
jadi dia mesti berada dalam keadaan nasab...
Tak belajar lagi maf'ul bihi...
Tapi takpe, insyaAllah cuba cari dan belajar
Jazakumullahu khairan kathiran
mai,
pandangan akak pun sama dgn anonymous tu. mai, esok kat umah akak kul 10 pagi. insya ALLAH..boleh ke?
apa2hal, mai mesej fb akak.. okeh?
Dan akhirnya.. terlupa nak tanya tadi...huhu
*pek
samalaa.. akak pun lupa nak explen pasal ni.. huhu
mai,
yg pasal na'tun dan man'ut yg mai tanya kat AFN tu.. kalau ikut ilmu akak yg sikit ni, akak rasa contoh yg mai bawak tu tak ikut konsep na'tun dan man'ut pun. itu cuma sebuah mubtada' dan khobar.
na'tun dan man'ut, sifat dia sama.. kalau na'tun-nya ada alif lam, man'ut juga ada alif lam. kalau na'tun nya muannath, man'ut juga mesti muannath.
huhu. yg lain, bleh verify dgn pak ustaz..
+_+
Ye ke kak? Nampak macam sama je. Rupanya tak ek? Still tak nampak apa yg bezanya.. adeh.
Takpelah.. tu pel 8. Kita baru je pel 6. Tu pun tertinggal banyak dah.
Takpe2.. go with the flow. Chaiyok! ^^
mungkin boleh rujuk web berikut utk penerangan ringkas:
http://badaronline.com/dasar/bahasa-arab-dasar-67-naat-manut.html
Post a Comment