Saturday, January 14, 2012

Kak As, Kak Sri dan Kak Zaini

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Baru-baru ini, Kak Zaini menghubungi saya melalui fb. Mengajak berjumpa di Karangkraft. Alhamdulillah.. perjumpaan yang singkat semasa Bengkel Penulisan v2.0 dahulu telah menemukan kami berdua ke dalam suatu ukhuwah yang unik. Ukhuwah yang beraurakan semangat untuk menjadi penulis. :)

Siapa dia Kak Zaini ni?

Seorang cikgu biasa tetapi rajin menghantar sajak nukilannya di majalah dan juga di surat khabar. Dalam hati ini  terdetik rasa kagum pabila dia mengeluarkan majalah-majalah yang memuatkan sajaknya. Tak pernah lagi diri ini terfikir nak menghantar nukilan untuk tatapan umum. Rasa macam terlalu "advance" dan macam serius sangat nak jadi sasterawan negara. Nanti se-geng pula dengan A. Samad Said.. =D

Duduk di sebelah kanan saya semasa di bengkel pula adalah Kak As. Kak As adalah seorang penulis buku. Ya, saya duduk di sebelah seorang penulis buku. Macam sukar untuk dipercayai saya boleh duduk di sebelah seorang penulis, makan bersamanya di satu meja, bersembang, bergelak ketawa... sekali pula dengan Kak Sri! Kak Sri ni pula dikalangan peminat novel memang sangat terkenal ye. Sama berdiri sama tinggi dengan RAM.


.........................


Ni nak jumpa ni nanti, rasa nak menulis tiba-tiba datang. Mungkin saya akan bermula sedikit demi sedikit di blog ini dahulu. Mewujudkan bakat walaupun tiada. Masih sempat, dan tidak terlambat pun bukan?

Jangan risau.. saya sudah biasa rasa macam terlambat. Yang pernting buat.

Wallahul musta'an