Sunday, October 2, 2011

Hamba cinta

Bismillah

Wahai mereka yg berputus harap, kecewa, rasa takut, resah, tertanya-tanya, rasa sakit menahan gelodak hati dan sebagainya...

Dan semua rasa itu adalah kerana cinta.

Mari kita sama-sama tarik nafas dan merenung ayat ini.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman dalam Surah Ar-Ra'du:




 "... sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): 

“Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu."


Sumber gambar diperoleh darihttp://umidanishku.blogspot.com/


Bersabarlah.. manakah nikmat yg lagi baik selain dari Syurga? :)

Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan Ibnu Majah dengan sanad yang hasan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wassallam bersabda:

"Adakah orang yg telah mempersiapkan diri untuk menggapai syurga?"

Kuatkan hati, buktikan kamulah yg diberi salam dari para malaikat kerana kesabaran kamu. Inilah masanya..

Ujian di hadapan kamu.. Maka, persiapkanlah dirimu dan laluinya dengan gengaman iman yg penuh!

Mara sebagai seorang mukmin yg dijanjikan Allah syurga-Nya!

Ayuh!

-------------------

Saya ada persoalan yg bermain-main di fikiran saya. Saya mencari jawapannya di google. Ternyata tiada yg memuaskan hati ini. Jiwa memberontak dan menyalahkan jawapan yg ditulis itu langsung tidak memahami kehendak saya, masalah saya..

Lalu membelek buku "Indahnya Syurga." Baca sambil tersenyum..

Indahnya syurga! ^^




"Barangsiapa yg bersandar kepada pilihan terbaik yg Allah berikan untuknya, dia tidak akan berangan-angan selain keadaan yg pilihkan untuknya.."

2 comments:

Najiha said...

terkena saya sis.huhuhu.terima kasih :)

ummu durrah said...

Maaf ye najiha.. Akak pun sama berdarah sebab ini

Ok, same-same :)