Friday, August 12, 2011

Kedai gunting rambut itu

Bismillah

Pagi ini, ingin bercerita al-kisah dot dot dot

+++++++++++++++

Ada sebuah kedai gunting rambut terletak di tengah kota. Pemiliknya seorang lelaki berbangsa India. Agak peramah orangnya.

Pelanggan setianya ramai. Ada yg kecil dan ada yg sudah berumur. Masing-masing ingin menggunting rambut di sana. Dalam banyak-banyak pelanggannya, ada seorang bapa selalu datang bersama anaknya. Katanya, anaknya ingin gunting rambut gaya Murphy dalam cerita Robocop.

Sumber gambar : http://filmsofthe80s.blogspot.com


hmm..

Itu cerita 20 tahun dahulu..

Kini, kedai gunting rambut itu semakin maju. Tetap berada di tengah kota. Pelanggannya semakin bertambah saban tahun.

Dan si anak itu pula sekarang sudah bekerja, mempunyai keluarga sendiri.. dan sudah tentu gaya rambutnya tidak lagi gaya Murphy. Ah.. itu cuma rasa taksub kanak-kanak pada seorang hero Robocop sahaja!

Si bapa pula seperti biasa. Menuju ke kedai gunting rambut dengan motosikal lapuknya. Sendiri.

Kehadiran si bapa ke kedai disambut baik sekali. Sambil menggunting sambil bersembang. Hai.. banyak sungguh pemilik kedai itu ingin bercerita. Ada saja benda yg nak dibualkan.

Hinggalah.. si pemilik kedai berkata, "Hei, Isnin kelmarin anak u datang gunting rambut sini."

Si bapa tersenyum. "Anak saya?"

Pemilik kedai mengiyakan, "Ya.. anak u lah!"

Si bapa terus tersenyum. Senyuman yg penuh makna. Penuh rahsia.

Hatinya sedang sarat dirudung perasaan yg bercampur-baur. Pulangnya dari kedai gunting rambut itu, membawa pelbagai persoalan.

" Dahulu, orang tua inilah yg perkenalkan anak itu dengan kedai gunting rambut itu. Sekarang, dia lebih ingat kedai gunting rambut itu daripada menjenguk diriku."

Gumamnya sendiri.


-tamat-


** - Lama tak tulis cerpen. Ni kalau masa SPM dapat berapa je?

Friday, August 5, 2011

Do we really possess such Qualities?

Bismillah

Allah Subhanahu wa Ta'ala says in the Quran....

" For Muslim men and women,

 for believing men and women, 

 for devout men and women, 

 for true men and women,

for men and women who are patient and constant

 for men and women who humble themselves, 

 for men and women who give in Charity

 for men and women who fast (and deny themselves), 

 for men and women who guard their chastity,

 and for men and women who engage much in Allah's praise,

- for them has Allah prepared forgiveness and great reward. "

[Surah Ahzab: 35]


~*******~


Allahu Akbar!
May Allah grant us all these outstanding and essential Qualities in this Ramadhan! 

Amin..

Tuesday, August 2, 2011

Aku bukan Jaja

Bismillah

Siapa dah baca buku JAJA & DIN?

Saya sangat kagum dengan peribadi jaja dalam novel itu. Sungguh dia berjaya hidup dalam penuh kezuhudan bersama suami tercinta, din. Saya kagum.. Dia betul-betul menerima kesilapannya dan berjaya berubah..

Bila membandingkan diri dgn jaja, saya sangat-sangat la ketinggalan. Saya masih tidak dapat melepaskan diri dari mendengar lagu-lagu.. musik-musik. Baru-baru ini saya ditegur oleh kawan saya tentang musik dan lagu ni. Dia kata, "kenapa tak tukarkan musik tu dgn ayat-ayat suci al-Qur'an?" Saya terdiam.. Saya nak kata apa? Nak kata musik tu lebih diminati berbanding ayat-ayat suci al-Qur'an?? Astaghfirullah... begitu teruknya saya sebagai hamba ALLAH ini jika membanding-bandingkan sesuatu yg bukan hak saya.

Lama saya terdiam... memikirkan ayat untuk dibalas.

Dia tambah lagi, "Itulah silap kita sebab dahulukan akal.. Apa yg kita rasa tu betul, kita buat. Tapi tak berpandukan al-Qur'an dan hadith-hadith sohih."

Kalian tahu tak, inilah buat pertama kalinya saya menerima teguran dari orang yg baru saya kenal beberapa hari. Perit juga kadang-kadang kena tegur ni. Sebab kita rasa kita ni dah betul sangat. Pastu bila ada orang tegur, kita melenting pula. Rasa macam tak puas hati pun ada. Iye la kan, baru je kenal, dah berani tegur orang dah. Detailnya dia tegur saya. Macam saya ni sangat-sangat la bersalah mendengar lagu. Salah ke orang yang menegur? Ke salah sendiri yang dah tak boleh terima teguran? Saya tak tahulah kenapa saya rasa cam nak tutup telinga je bila mula ceramah free untuk saya. Mungkin sebab dia ulang banyak kali kot.. sampai telinga saya dah tak boleh nak terima. Saya rasa cam dikongkong. Terasa cam dipaksa untuk berubah.. hmm.

Lepas dia beredar, saya fikir sendirian. Kenapa ada rasa begitu? Hati saya sudah kotor agaknya. Sampai teguran yg baik-baik pun saya tak boleh nak terima.. astaghfirullah, hati saya sedang bermasalah...


Saya teringat ada suatu ayat,

"Berhati-hatilah dengan segumpal daging di dalam dirimu, jika ia baik, maka baik juga semuanya. Jika ia buruk, maka buruk juga semuanya, Segumpal daging itu adalah HATI"

Hati yang baik akan menyukai benda yg baik.. dan makanannya pun adalah dari sumber yg baik. Dan jika hati ni buruk, nah! segala yg buruk disukainya.. dan makanannya adalah dari sumber yg buruk juga.

Jadi..?

Semua kata-kata dia betul.. terimalah dengan hati yg terbuka. Kita patut rasa gembira kerana ada orang yg ikhlas menegur kita. Kalau tidak sampai bila-bila la kita tidak dapat membetulkan diri, sebab merasakan diri ini betul semuanya. Sampai kita tak sedar yg selama ni kita pakai baju terbalik, tetapi kita tetap mengatakan yang ini stail zaman sekarang... Dunia dah berubah.. (contoh).

Yup.. silap kita sebab mendahulukan akal tanpa menilainya berdasarkan al-Qur'an dan hadith-hadith sohih. Kita sangka benda remeh sahaja kan? Mendengar lagu je pun, bukannya berzina. Itulah kita. Kita fikir dosa-dosa kecil tak besar mana pun azabNya. Kita ni bagaikan mengira-ngira azab yg bakal diterima. Rasa cam yg dosa-dosa kecil tu macam boleh tahan la lagi, betul tak? Astaghfirullah, siapa kita ni nak mengagak benda-benda ghaib ni? Sampai azab ALLAH pun kita nak ramal sendiri? Siapa kita ni? Siapa?

Sedarlah diri ini.. insan yg tak berdaya apa-apa.. lemah.. hina didepan Tuhannya. Yang acap kali meminta-minta.. namun tidak bersyukur. Malah, meminta-minta lagi dengan keadaan berdosa.. dan terus meminta-minta. Tiada rasa malu.. bersyukur.. dan sempat lagi mengagak-agak berapa banyak bebanan dosakah yg mampu ditahan. Astaghfirullah.. inikah kita? Fikir-fikirkan..

Kasihanilah diri ini.. kasihankanlah. Sedangkan panas mentari pun kita mengeluh.. Inikan azab ALLAH.. Sedarlah.. Sampai bilakah baru kita sedar hakikat kehidupan ini? Yang cuma satu persinggahan menuju ke destinasi akhirat yg kekal.. Kita tidak tahu bila perjalanan kita akan bermula, tetapi kita pastikan yg kita betul-betul bersedia bila tiba masanya.