Tuesday, October 18, 2011

Capaian ilmu

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. terjumpa post yg menarik dari facebook ustaz kawakib_duriyah. Saya rasa manfaatnya sangat banyak.. Jadi, saya ingin kongsi cepat-cepat di sini.

Jazakallahu khairan kathiran ya ustaz.. :)


--------------


Al-Muzani adalah salah seorang murid Imam al-Syafie. Beliau berkata, "Jika ada orang yang dapat mengeluarkan kegusaran hati dan segala yang mengotorkan hati tentang perkara aqidah maka Imam al-Syafie adalah orangnya."

Beliau menyambung, "Aku pernah bertemu dengan beliau sewaktu beliau berada di dalam Masjid Jami' di Mesir. Apabila aku bersimpuh di hadapan beliau, langsung aku berkata, "Dalam hatiku terdetik sebuah persoalan tentang tauhid yang mengganggu hatiku. Saya tahu tidak ada orang yang memiliki ilmu sebagai mana tuan miliki. Bagaimana jawapan tuan menurut ilmu yang tuan miliki?"

Imam al-Syafie nampak berang lalu berkata, "Tahukah kamu di mana kamu berada sekarang?" Aku menjawab, "Tahu." Beliau melanjutkan, "Ini adalah tempat di mana Firaun ditenggelamkan. Adakah kamu pernah mendengar Rasulullah SAW memerintahkan bertanya masalah itu?" Aku menjawab, "Tidak." Beliau bertanya lagi, "Adakah para sahabat pernah berbincang hal itu?" Aku menjawab, "Tidak."

Beliau bertanya lagi, "Kamu tahu berapa jumlah bintang di langit?" Aku menjawab, "Tidak." Beliau bertanya lagi, "Bintang yang kamu tahu jenisnya, waktu terbit, waktu tenggelamnya, tahukah kamu dari apa ia diciptakan?" Aku menjawab, "Tidak."

Beliau berkata, "Sesuatu dari makhluk ini yang kamu lihat dengan mata kamu sendiri pun tidak tahu, adakah kamu mahu bertanya tentang Ilmu Sang Pencipta?"

Kemudian beliau bertanyakan aku tentang persoalan wudhu'. Aku keliru menjawabnya. Kemudian beliau mengembangkan persoalan itu kepada empat persoalan pula. Tidak ada satupun aku jawab dengan baik. Lalu beliau berkata, "Persoalan yang kamu perlukan sehari semalam sebanyak lima kali sudah tidak mantap, lalu kamu mahu memaksa diri kamu untuk bertanya tentang Ilmu Maha Pencipta? Jika terdetik lagi di hati kamu (tentang aqidah), kembalilah kepada Allah dan firmanNya;

"Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran."




  (al-Baqarah: 163-164)



Sumber gambar diperoleh : http://monsterlayer.com/


Maka jadikan wujudnya makhluk itu sebagai bukti adanya Pencipta. Janganlah kamu memaksakan diri untuk mencapai ilmu yang tidak mungkin kamu capai dengan akalmu. "

"Setelah itu, aku betul-betul insaf."




Sumber ; Siyar A'lam al-Nubala'.

Monday, October 17, 2011

Ini adalah rahmat Tuhan :)

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah.. 3x

Saya tidak dapat mentadabbur kitab hijau pagi tadi... rupanya ada ibrah yg Allah ingin beri, tunjukkan hari ini. Sayang Allah dekat kita... kan? ;)

Semalam, saya dapat emel.. dari seorang kakak. Tetapi, pertama kali saya membacanya, adalah membacanya dengan emosi saya. Saya terus rasa down lepas membacanya.

Rasa down itu berterusan.. hingga saya tak mampu nak menatap kitab kesayangan saya. Bayangkan penangan perasaan negatif itu?

Kemudian saya tertidur dalam perasaan yg berkecamuk. Ada kala rasa marah, adakala, rasa sedih, adakala rasa benci, adakala rasa putus asa..

.............

Tengah hari ini, saya membaca semula emel tu.. Tetapi, dengan cara yg berbeza dari pagi tadi.

Saya mengubah intonasi nya kepada seorang yg sangat penyayang, seorang kakak yg sangat lemah-lembut, seorang kakak yg sangat mengambil berat tentang saya... seorang kakak yg tenang lagi menenangkan.. matanya bening, senyumannya manis sekali.. Hanya keindahan yg terlihat darinya..

(Allah.....)

Saya ingin menangis..

Saya ingin sekali mendakap wanita itu..

dan menangis semahu saya. "Maafkan saya...!"

"Uhibbuki fillah!"


"Sesungguhnya aku keluar dari rumahku, lalu setiap sesuatu yg aku lihat, merupakan nikmat Allah dan ada pelajaran bagi diriku" - Syaikh Abu Sulaiman ad-Darani



Saturday, October 15, 2011

Untukmu

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Alhamdulillah.. 3x

Hikmah perjalanan hidup ini, telah mendidik diri seorang hamba. Hebat Allah.. Dia mengatur hanya yg TERBAIK. Perencanaan-Nya sarat dengan hikmah yg tidak terhitung.

Pernahkah sesuatu yg dijadikan-Nya adalah sia-sia?

Saat hampir tersembam, alunan kalam-Nya membisik jiwa. (Allah....!)

Tubuh hebat menggeletar.. dingin.

Air mata acap kali bertakung.

"Ya Wadud..  Ya Ghaffur.. Ya Mujeeb.. Ya Wakeel.. Ya Allah.."



"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal; (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): 


"Ya Tuhan kami,

Tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, 
Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka. 



Ya Tuhan kami, 

Sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, Maka sungguh Telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. 



Ya Tuhan kami, 

Sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (yaitu): 
"Berimanlah kamu kepada Tuhanmu",
 Maka kamipun beriman. 



Ya Tuhan kami,

 ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti. 



Ya Tuhan kami, 

berilah kami apa yang Telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. 
Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji."



(Surah Ali 'Imran; Ayat 190-194)



Sawah Padi Sunset Ver 1.2




Hakikat perjalanan seorang hamba..  dalam mengharap pergantungan yg berterusan dari Al-Khaliq. Pencipta Agung.

Betapa.. betapa.. hanya mampu terungkap dengan luahan bicara hanya kepada Allah..

Agar bersinar keyakinan..
Agar terusir keraguan yg nakal dan derhaka..

Tenang dan menenangkan..

Dalam menggarap keikhlasan meraih redha-Nya

Ra’sul mal fid dunya huwad din.."Harta yang utama di dunia ialah AGAMA."


~terima kasih ya Allah untuk rindu dan cinta ini..~

Allahuakbar!


Thursday, October 13, 2011

Dars 1

Bismillah

Hari ni, nak kongsi nota yang cantik.. Moga dengan harapan mendapat redha Allah. Membuat nota yg cantik untuk mendapat redha Allah.. :)

                         





















Akan bersambung... insyaAllah

** - Tak reti nak share file word macam mana... :(


Wednesday, October 12, 2011

Kerja yg bersungguh!

Bismillah

Saya mengikuti kelas arabic pagi tadi di wiziq.com.

Kelas pukul 2 pagi.

Tak percaya?

Nah, see my notes.



Kelas habis pukul 3 setengah.

Jadi?




** - Kak Izzah, agak mamai masa akak message mai tadi. Sebab rasanya macam mimpi pasal akak dengan message2 sekali.. huhuhuhu

Sunday, October 9, 2011

Kerana mencari cara menulis huruf م

Bismillah

Setelah bertapa di rumah sahabat semalam, saya akhirnya menyedari kelemahan diri saya. Iaitu menulis م dengan baik.

Lalu, saya meng-google kaedah menulis م yg betul di internet.

Cara saya meng-google adalah dengan mencari image yg saya rasa menepati kehendak hati saya. Samalah seperti saya meng-google resepi masakan, akan saya cari yg betul-betul cantik dan nampak sedap! (contoh: Donut yg betul-betul gebuzz)

Baik, sambung cerita pasal م.

Lalu hasil peng-google-an saya, telah menemukan sesuatu yg lebih baik dari apa yg saya inginkan. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang!

Saya jumpa laman web ni. http://aselicahndeso.wordpress.com/

Arabic Pad 1.4 yg sangat da bomb!!!

Tak perlu nak buka ms word yg loading macam lambat. Puft! Sekejap je pakai Arabic Pad ni. Juga senang nak hafal key dia. (tak perlulah lepas ni nak beli sticker arabic tu yg tak terbeli-beli lagi..hehe :p)

Memang senang sangat guna Arabic Pad ni. Sangat mudah dan sangat senang!

Saya tak tahu nak khabarkan betapa hati ini sangat gembira dan bersyukur sekali.. alhamdulillah

Semoga Allah melimpah nikmat yg tidak berbelah bagi pada developer Arabic Pad ni.. ameen.


Ni saya cuba tulis dari Arabic Pad 1.4

سيتي ميسرة بنت وان چيك



**- cara nak tulis huruf م tu.. takpe, ada guru yg hebat untuk itu.. huhu

Thursday, October 6, 2011

Nasihat dari hati ke hati

Bismillah

Alhamdulillah.. Allah izin pada saya untuk menghirup mutiara-mutiara faedah dari buku ini. "Nasihat dari hati ke hati - Abdullah Haidir"

Saya kena tukarkan pembacaan saya yg kebelakangan ini berkisar cinta khususnya novel jua syair-syair arab yg kadang kala bila didalami, menimbulkan asyik, ghairah..

Saya menetapkan diri saya, bukanlah seseorang yg sesuai untuk mengulas lebih lanjut tentang perkara ini (soal masalah cinta).. mungkin orang lain?

"Kamu adalah apa yang kamu baca."

Baik, berbalik semula kepada faedah buku ini. Saya lihat sungguh banyak walaupun helaian muka suratnya tidak sampai pun sejilid tebal buku-buku biasa.

Tetapi buku ini menenangkan saya. Sungguh bagaikan sahabat yang tenang jua menenangkan.

Kalian tahu, apa itu sahabat yg tenang jua menenangkan?

Iaitu sahabat yang kata-katanya sentiasa berasaskan Al-Qur'an dan Hadis. Bagaikan air sungai yg mengalir membasahi nurani. Nyaman dan menyegarkan. Kata-katanya itulah yg mencerminkan peribadinya.. Hatinya basah dengan zikrullah.. Tindakannya pula sentiasa meletakkan syurga dan neraka di hadapannya.. masyaAllah, sungguh mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wassallam.

Jadi, ayuh introspeksi diri. Apakah diri ini sahabat yg menenangkan?

Atau sahabat yg bakal dicaci sebegini?




“Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!" - (Surah Al-Furqaan, ayat 28)


Ya muqalliban quluub thabbit qalbina 'ala diinik.. ameen


Monday, October 3, 2011

Bersabar untuk tidak menanti

Bismillah

Taaruf ini.. aku rasakan begitu lama.
Maaf, jika engkau tidak memberi jawapan. Maka, inilah jawapanku.


"Aku bukan tidak sabar,
Hanya tak ingin menanti,
Karena berani memutuskan adalah juga kesabaran,
Karena kekadang penantian,
Membuka pintu-pintu syaitan.."



: )



Hati ini..
Apakah engkau mendengar suaranya saat memohon untuk tak dikotori?

Sunday, October 2, 2011

Hamba cinta

Bismillah

Wahai mereka yg berputus harap, kecewa, rasa takut, resah, tertanya-tanya, rasa sakit menahan gelodak hati dan sebagainya...

Dan semua rasa itu adalah kerana cinta.

Mari kita sama-sama tarik nafas dan merenung ayat ini.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman dalam Surah Ar-Ra'du:




 "... sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): 

“Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu."


Sumber gambar diperoleh darihttp://umidanishku.blogspot.com/


Bersabarlah.. manakah nikmat yg lagi baik selain dari Syurga? :)

Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan Ibnu Majah dengan sanad yang hasan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wassallam bersabda:

"Adakah orang yg telah mempersiapkan diri untuk menggapai syurga?"

Kuatkan hati, buktikan kamulah yg diberi salam dari para malaikat kerana kesabaran kamu. Inilah masanya..

Ujian di hadapan kamu.. Maka, persiapkanlah dirimu dan laluinya dengan gengaman iman yg penuh!

Mara sebagai seorang mukmin yg dijanjikan Allah syurga-Nya!

Ayuh!

-------------------

Saya ada persoalan yg bermain-main di fikiran saya. Saya mencari jawapannya di google. Ternyata tiada yg memuaskan hati ini. Jiwa memberontak dan menyalahkan jawapan yg ditulis itu langsung tidak memahami kehendak saya, masalah saya..

Lalu membelek buku "Indahnya Syurga." Baca sambil tersenyum..

Indahnya syurga! ^^




"Barangsiapa yg bersandar kepada pilihan terbaik yg Allah berikan untuknya, dia tidak akan berangan-angan selain keadaan yg pilihkan untuknya.."