Friday, October 11, 2013

Kesedihan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Lama sangat saya tak update blog ini. Hilang sudah serinya eh. Macam rumah kosong kena tinggal ! ;)

Kenapa ? Kenapa tak nak update ?

Sebab penulis banyak menyedari, dirinya yg perlu sangat diperbaiki. Kata-kata yg dikongsi, terasa sangat pedih bila penulis gagal merealisasikan. Panahan kata-kata untuk menyedarkan rakan-rakan kesayangan lain.. tapi diri sendiri pula takut menahan keperitan tusukan panahan sendiri...

Allah..

Penulis merasakan dirinya paling teruk dalam cakerawala ini. Terasa pahit untuk telan hakikat ini.. Nak tahu tak rasanya macam mana ? Rasa macam terperosok dalam jurang gelap, kemudian semua penghuni langit hina diri ini dengan keras sekali...

Allah.. Allah.. Allah

Tangan yg menulis bait kata, menjadi saksi diri ini.. "hang buat tak apa yg hang tulis ni weh ? (sambil membuat muka troll mengejek) "

Kalian tahu, imaginasi makcik yg sedang menulis ini sangat tinggi tau. *sempat lagi !*

Rasa sangat sedih sampai rasa nak tutup mata ini, dan nak update status kat facebook. Tengok ? Inilah padanya bila setiap masalah mendahulukan benda-benda yg tak mampu buat apa-apa. Boleh tak kalau penulis nak samakan macam mengadu pada berhala ? :O

Hmm....

Kita sayangkan diri ini,
Sebab kita sangat bererti pada bumi ini,
Kita ada misi yang Allah bagi,
Misi yg besar tau !
Tak mainlah kecik-kecik ni..
Jadi, sila melangkah ke depan dengan langkah yg besar.
Kita dah tak ada masa lagi !
Bangun !
Bangun !
Bangun !

Sayang, rindu sangat...
Semoga penulis dapat bersua dengan Rasulullah dan mereka yg dicintai dan disayangi Allah...
Memikirkan ini, buat hati ini rasa sejuk sangat.
Tak nak marah-marah orang..
Tak nak buat jahat...
Nak jadi baik je..

kan ? kan ? ;)


* Saya tak tahu siapa yg baca entry ini. Tapi, saya harap kita sama-sama berusaha di atas jalan kebenaran ini dan berjumpa di syurga ya ?