Friday, July 29, 2011

Harapan

Bismillah 

Kadang-kadang, kita rasa sangat gembira bila menjadi kebanggaan dan harapan buat seseorang. Tapi.. realitinya, realitinya tidak pernah indah sentiasa..

Semakin kita membina harapan untuk seseorang, semakin curam puncak kita mendaki.. Dan, sekali kita lalai.. lalu terjatuh, kesakitannya adalah luar biasa.. dan mungkin itu menjadi maut buat kita. Kesedihan yg tidak terhingga. Jika cedera sahaja, mungkin patah-riuk.. dan berharap untuk mati sahaja..

Semakin dalam pasak yg kita tanam di hati seseorang, maka semakin dalam juga luka yg bakal kita cipta..

Semakin banyak kita gembira, maka sebanyak itu juga kita kecewa..

Sungguh balance kan?  =)

Allahuakbar!

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

وَتِلْكَ الأيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ


“Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)”. (QS. Ali Imran : 140).

Sungguh indah seorang penyair yang berkata :


لكل شىء إذا ماتم نقصان
فلا يغر بطيب العــيــش إنسانُ

هي الأمور كما شاهدتها دول
من سرهُ زَمنٌ ساءته أزمانُ

وهذه الدار لا تُبقي على أحد
ولا يدوم على حال لها شانُ


“Segala sesuatu akan turun jika telah sampai puncaknya,
Oleh karena itu janganlah manusia tertipu dengan keindahan dunia;

Hal ini sebagaimana yang telah disaksikan oleh setiap bangsa,
Barangsiapa yang hari ini gembira hari-hari berikutnya dia akan menderita;

Dunia ini tidak pernah kekal abadi bagi semua orang,
Dan manusia tidak akan tetap dalam satu keadaan.”

Credit tu akhi Igun.



The reality is never so sweet...

Thursday, July 28, 2011

Tenanglah! Sabarlah!

Bismillah 

Ingin saya kongsikan sebuah cerita dari buku ini " Motivasi menjadi wanita yg paling bahagia - Dr 'Aidh".

Pasangan suami isteri sedang bertengkar amat sengit, si suami berkata: "Aku akan buat engkau susah!". Si isteri menjawab dengan tenang: "Anda tidak akan mampu."

Si suaminya berkata: "Mengapa tidak?"

Si isteri menjawab: "Jika kebahagiaan terletak pada harta, maka anda boleh menahannya dariku. Jika kebahagiaan terletak pada perhiasan, maka anda boleh menghalangnya supaya tidak sampai kepadaku. Kebahagiaan itu bukan pada apa yang anda miliki atau yang dimiliki manusia lainnya. Tetapi kebahagiaan itu aku temukan pada keimananku di dalam hati. Dan hatiku tidak ada yg boleh menguasai kecuali Tuhanku."


--------------------------


Jadi.. apapun yg terjadi pada anda..  Tenanglah! Sabarlah! Dan carilah kebahagiaan itu walau di mana sahaja ia berada. Sebenarnya kebahagiaan itu ada dalam diri mu, maka janganlah mencarinya di tempat lain kecuali di dalam diri mu jua.




"Bersabarlah dan harapkan pahala dari-Nya
Sesungguhnya dalam kesabaran terdapat hikmah yang tak terhingga
Bahkan aku pernah menghitung kata ‘sabar’ dalam Kitab-Nya
Tertulis pada 43 tempat yang menunjukkan kemuliaannya"


"Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu,
para malaikat memohonkan ampunan untukmu
dan syurga sedang menantimu"


"Alangkah bertuahnya,
Setiap keadaan yang menimpa orang mukmin itu sentiasa membawa kebaikan."

Wednesday, July 27, 2011

Mengukur kadar rasa takut kepada Allah

Bismillah

"Takutlah pada azab Allah!"

Ayat ini benar-benar tersemat di hati ini. Saya berharap kalian juga begitu. Tiap apa yang kita buat, akan dipertanggungjawabkan..

Kita sedar, balasan Allah itu ada. Sejak kecil lagi, kita disogok dengan amaran-amaran azab di sekolah. Semua yg beragama Islam kena mengambil kelas pendidikan Islam. Manakala yg bukan Islam mengambil pendidikan Moral sebagai gantinya. Ingat tak lagi?

Dan kita masa di sekolah, bertudung litup. Tetapi, di luar sekolah.. terus hilang ke mana sudah tudung yg menutupi aurat kepala. Solat dan puasa? Bagaimana pula...?

Kalian.. Allah Maha Melihat, Maha Teliti.. Tidak takutkah?


++++++++++++++++++++++++


Diriwayatkan dari Abu Masiiroh radhiallahu 'anh, bahawasanya ketika dia ingin berganjak dari tidurnya, maka dia berkata: "Aku berharap jika ibuku tidak melahirkanku." Mendengar ucapannya, maka isterinya berkata padanya: "Wahai Abu Masiiroh, sesungguhnya Allah telah menjadikan engkau baik dan menunjukimu kepada Islam." Abu Masiiroh berkata kepada isterinya: "Ya memang benar, akan tetapi Allah Ta'ala telah menerangkan kepada kita bahawasanya kita semua pasti akan mendatangi neraka dan tidak menerangkan kepada kita bahawa kita akan keluar darinya."


Hal ini terdapat dalam firman Allah Subhanahu waTa'ala dari surah Maryam, ayat 71:


"Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (neraka itu); (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu."

Diriwayatkan dari Qosim bin Abu Bazzah, dia berkata: "Seseorang mengabarkanku, bahawa dia pernahmendengar Ibnu Umar membaca surah Al-Muthoffifiin.Ketika ia sampaipada ayat keenam:


"(yaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?"

Maka, dia menangis sampai tersedu-sedu hingga dia tidak dapat melanjutkan bacaan seterusnya."

Dan diriwayatkan dari Asad bin Wada'ah, dari Syidad bin Aus, bahawa dahulu, jika dia naik ke atas kasurnya, maka ia membolak-balikkan badan di atas kasurnya sampai tidak dapat tidur. Dia berkata: "Ya Allah, sesungguhnya neraka telah membuatku tidak dapat tidur." Maka, kemudian dia pun bangun dan solat sampai datang waktu subuh.

Hafsh bin 'Umar berkata: "Suatu ketika Al-Hasan menangis, maka ditanyakan kepadanya, "Apa yang membuatmu menangis?" Dia pun menjawab: "Aku takut jika pada esok hari Allah melemparkanku ke dalam neraka dan Dia tidak peduli sedikitpun padaku."

Pada suatu ketika Umar bin Khoththob mendengar seseorang yang sedang solat tahajjud membaca surah At- Thuur, maka ketika sampai pada firman Allah Ta'ala yg berbunyi:

"Sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi; Tidak seorang pun yang dapat menolaknya."


Umar kemudian berkata: "Demi Robb Ka'bah sesungguhnya hal tersebut adalah benar." Kemudian Umar kembali ke rumahnya, lalu dia pun jatuh sakit selama sebulan. Orang-orang mengunjunginya sedang mereka tidak tahu apa yang membuatnya sakit."


++++++++++++++++++++++++


Itu adalah sebahagian cerita yg saya ingin kongsikan dari buku ini.

Jadi... kalian rasa, bagaimana pula dengan kita?


**Rujukan: Mengukur kadar rasa takut kepada Allah, Majdi bin Fathi As-Sayyid (Abu Maryam)



Tuesday, July 26, 2011

Isteri solehah vs Ibu solehah

Bismillah

Terdetik di hati saya untuk kongsikan hal ini pada semua walaupun diri belum lagi menjengah ke fasa itu. Tahukah kalian, menjadi isteri solehah adalah SUKAR berbanding menjadi ibu solehah?

Dengan arus dunia yg mana satu cabaran yg besarnya adalah berdepan dengan wanita yg rata-rata2 dididik untuk bersuara (lantang?) dan kadang2 kuasa wanita mulai naik mentadbir sesuatu organisasi kerana wanita dikatakan lebih bijak. Seruan bermacam-macam kedengaran membawa isu bahawa wanita juga boleh melakukan seperti mana lelaki boleh lakukan..

Cabaran yg sangat sukar bagi wanita yg merasakan suaranya perlu diutamakan bila berdepan dengan suami. Dia perlu taat pada suaminya. Tapi, bagaimana? Emosi seringkali menguasai.. merajuk, sedih dan bermacam2 mimik muka dibuat pabila kehendaknya diletak tepikan. Ye lah.. kita rasa kita pun pandai juga.. ada ilmu, masuk universiti lagi.

Oh.. wanita, para isteri... sukarnya untuk taat pada suami...

Lagi-lagi bila status suami diungkitkan, umur suami yg lebih muda, merasakan diri lebih betul...dan isu-isu sensitif disentuh... makin membuat situasi menjadi semakin parah!


..................


Sebenarnya untuk menjadi isteri yg solehah, taat pada suami.. bukannya maksud saya hanya mendengar pendapat suami sahaja, kita tak perlu beri pendapat.. Bukan! Berbincang itu perlu..tapi, perlu berhikmah dan kalau boleh jangan tunjukkan yg idea kita ini lebih baik.

Saya suka dengan nasihat seorang kakak ini... =)
"Untuk para isteri, lepas bangun dari tidur waktu pagi dan dah baca doa bangun tidur, bacakanlah hadis ini pada diri anda : Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam berkata : "Jika seorang wanita itu mendirikan solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka akan dikatakan padanya 'Masuklah ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu mahu!'" (diriwayatkan oleh Ahmad; Syu'aib al-Arnauth berkata : Hasan li ghairihi)"

"Dan bila nak tidur bacakan pula hadis ini pada diri sendiri; Nabi shallallahu 'alayhi wa sallam berkata : "Mana-mana wanita yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka dia akan masuk Syurga." (Diriwayatkan oleh al-Hakim dan beliau berkata : Isnadnya sahih dan al-Zahabi juga mensahihkannya)"

Namun, apakah saya ingin mengatakan menjadi Ibu solehah tidak susah? Tidak.. Ia juga mempunyai cabaran yg tersendiri. Namun, menjadi ibu solehah sebenarnya adalah fitrah pada seorang wanita.. tetapi untuk menjadi isteri solehah memerlukan wanita itu bijak untuk menangani hal suami isteri dan keluarga. Dia perlu istiqamah untuk kekal taat pada suami.

Juga mesti sentiasa meletakkan syurga dan neraka didepannya..Dan semua ini memerlukan TAQWA!





**- Hmm.. patutlah taat pada suami menjadi wasilah untuk masuk syurga.Saaaaangat susah rupanya!

Saturday, July 23, 2011

Kesunyian itu..

Bismillah

ya... saya pernah kata saya ni rasa macam agak lonely...

:)

Rupanya, saya sudah tersedar hari ini..
Memang dalam jiwa saya ni ada kekosongan..

Kerana tempat itu teramat-amat istimewa..
Dan sampai sekarang saya tak dapat memenuhinya..

Sehingga kini, saya tetap mencari-cari demi untuk mengisi rasa kosong itu..
Ya.. Allah, sangat pedih

Sangat pedih demi mendamba kasih-Mu..
Memang hati ini akan kosong sentiasa..
Kerana sukarnya

peritnya

Aku sedar... aku tergolong dalam hamba-Mu yg zalim,
tapi, aku masih berharap dapat menemui-Mu dalan keadaan yg Engkau sukai

Ya Allah... aku bimbang

Aku bimbang dgn lamanya diriku hidup di bumi,
Harapan ku semakin tipis..
Kerana terhalang dgn beban dosaku yg kian meninggi


Sungguh dunia ini begitu indah..
Dan aku risau dengannya, aku melupakan indahnya syurga-Mu


"Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohon ampunan untukmu dan syurga sedang menantimu" - Dr 'Aidh




**-Air mata ini tak tertahan bila membaca kalimat ini dalam sebuah buku petang tadi...