Friday, February 1, 2013

Bumi bergerak.. kita pun bergerak kan ?

Bismillahirrahmanirrahim

Hampir 2 bulan... Semoga dia tenang dalam dakapan tarbiah-Nya.. Kuat, tabah, segalanya. Mohon sangat.. sangat.

Dalam sementara waktu yang singkat ini, saya banyak memerhatikan, diri.. dan juga orang lain. Apa yang setakat ini telah kita perbuatkan ?

Ada yang runsing kerana menganggur.
Ada yang tertekan dengan bebanan kerja.
Ada yang hampir gila menghafal formula.
Ada yang sedang kecewa kerana cinta tak berbalas.

:)

Entah.. saya hanya mahu tersenyum.
Urusan dunia.. bila difikirkan tak akan pernah selesai.
Masalah ada sahaja..

Ada suatu tahap, rasa ingin menangis..
Tapi, melihatkan orang lain ada yang sedang berjalan
Ada yang sedang menaiki kereta, bas, motorsikal
Burung terbang dengan pantas.
Angin masih bertiup..
Awan bergerak perlahan-lahan.
Kucing masih mengiau inginkan makanan..

Kesemuanya ada pergerakan..
Dan bergerak.

Bumi ini bergerak.

Jadi, walaupun mahu menangis.. kita juga jangan ketinggalan untuk bergerak sekali.
Teruskan, maju ke hadapan.
Masalah tak kan pernah jemu untuk temani kita.
Walaupun saat ini kita rasakan mahu bersembunyi di dalam gua.. simpankan kesemua masalah yang ada.
Kita ingin hentikan, tamatkan semua, hilangkan segala.

Tetapi, apakah dengan menghilangkan kesemua masalah adalah tujuan kita hidup ?

Hidup ini untuk selesaikan masalah ? kah ?

Selesaikan masalah dunia yang tidak pernah habis ini.. matlamat kita hidup... kah ?

Penuhkan memikirkan masalah dunia sampai mati.. itukah cara kita hidup ?

Penat, letih..
To-do-list penuh dengan urusan dunia.
Bermaknakah ?

Entah mana qiam malam perginya..
Entah mana usrahnya, selalu ter-miss.. sebab kerja tak settle.
Hilang mood untuk mendengar kuliah ilmu dek kerana kecewa..

Hidup.. bukan untuk selesaikan masalah dunia
Hidup.. terlalu murah jika dinilaikan untuk dunia.
Kita ini insan yg Allah ciptakan
Diberi amanah yg mulia
Tujuan hidupnya semata-mata kerana Dia, Yang Maha Mulia !

Jadi.. tolong jangan rendahkannya !


**- Tolonglah... ummu durrah. 
Jadikan hidupmu bererti kepada Allah... Bukankah itu suatu penghormatan untuk mu ?

No comments: