Saturday, November 10, 2012

.: Love is :.

Bismillah

"If you need to visit or say something to someone, do not delay, there is no guarantee of tomorrow. Regrets don't bring time and people back." - *Shaykh Zahir Mahmood*

SubhanAllah!

Sebab diri ini akan pergi...
Sebab diri ini sudah tiada masa lagi...
Sebab diri ini sudah tentu akan merasai MATI

Kena berani !

Jangan tangguh lagi !

Jika selepas ini, dia akan semakin menjauhi..
Biarlah..
Saya rasa itu bayarannya..
Tetapi, saya percaya dia tetap akan kembali...

Selagi perkara ini tidak lepas, tidaklah mampu hati ini berasa tenang... 
Hanya mampu berdoa, inilah yg terbaik.. dan inilah yg Allah redha.

Untuk kesekian kalinya, bantulah saya.. Ya Allah

.....



Friday, November 9, 2012

Ms Narisah

Bismillah

Saya belajar sesuatu semalam.. alhamdulillah.

"Berdiam diri tak selamanya dapat menyelamatkan, berterus-teranglah. Kalau permulaan yang kecil ini tidak mampu diselesaikan. bagaimana hendak melalui yg selepas-selepasnya nanti ? Yang lagi besar, yang lagi mencabar segenap kudrat, yang menguji iman dengan hebat lagi......... ? "

:)

Yup, betul. Saya setuju !

Wednesday, October 31, 2012

Kebaikan itu masih lagi menang

Bismillah

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Setelah lama saya perhatikan, saya sedar.. kebaikan masih menjadi fitrah manusia, kita semua.. alhamdulillah.  Cuma manusia, insan.. tidak terlepas dari membuat kesilapan. Manusia tidak sempurna.

Saya agak terkesan sedikit dengan kata-kata yang demotivated kebaikan yang cuba seseorang lakukan. Misalnya, yang memakai baju ketat tetapi bercakap tentang soal dakwah islamiyyah. Yang free hair pula mengingatkan saya tentang solat. :')

Kalian tahu ? Bila berdepan dengan perkara-perkara sebegini.. saya rasa sangat bersyukur, kagum. Sekurang-kurangnya mereka faham walaupun tak sepenuhnya. Seperti kita, masih terlalu banyak perkara yang kita juga tak tahu kan ?

Bagi ruang pada manusia untuk berubah, namun dakwah perlu diteruskan. Ini yang kita perlu buat.

...............

Agama itu nasihat...

Nasihat walaupun kepada sejahat-jahatnya manusia,

Dan juga..

Nasihat walaupun kepada sebaik-baiknya manusia.. :)



Sumber: www.wallmay.com

Tuesday, August 28, 2012

Jodoh yg pasti

Adalah MATI.

Takut, saya takut...


Muhammad Farid adalah rakan sekolah kakak saya, Sekolah Teknik Tuanku Ja'afar. Baru-baru ini, arwah baru dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Yang paling terkesan, arwah sangat suka post gambar-gambar anaknya. Setiap detik bersama anaknya di-update dalam facebook. Disebabkan anaknya juga menghidap jaundice, jadi selalu juga arwah telefon kakak tanyakan pendapat. (anak kakak dulu pun menghidap jaundice)

Tup.. tup.. tup. Sudah meninggal.. innalillahi wa inna ilaihi raajiuun


..............


Sekelip mata, seorang wanita yang masih dalam pantang menjadi balu.

Sekelip mata, seorang anak yg baru beberapa hari lahir menjadi yatim.



** - Semoga Allah ampunkan dosa dia semuanya. Semoga keluarganya terutamanya isterinya tabah dan kuat menghadapi semua ini.. amin

Tuesday, August 14, 2012

Ujub dengan ilmu

Assalamu'alaikum warahmatullah..

Masruq rahimahullahu berkata:

 “Cukuplah seseorang dikatakan berilmu jika ilmu tersebut membuahkan rasa takut kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Sebaliknya, cukuplah seseorang dianggap bodoh tatkala membanggakan diri dengan ilmunya.”

Apalah gunanya ilmu yg sekadar jadi santapan indah bagi mata masyarakat,tetapi tidak pula pada pandangan-Nya. Takut kan kalau semua ilmu yg kita dapat, tidak terangkat ke langit sedikit pun.... di saat pintu-pintu langit terbuka luas.

Merasakan diri baik, bukankah memberi kita ruang untuk merendah-rendahkan yg lain ?

Semoga Allah mengampunkan dosa kita kesemuanya.. amin

Wednesday, August 8, 2012

Mu'adzah

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah..

Saya rasa gembira hari ini.. anda pula ? Semoga gembira, bahagia, tenang juga ;)

Tetapi, rasanya dapatkah kita tetapkan hati kita bila berdepan dengan ujian kematian orang yang kita sayangi seperti yang dirasai Mu'adzah (wafat pada 83H) ?

Ketika suami dan anak lelakinya syahid di medan perang, kata-kata ini yg terungkap bila sekumpulan wanita datang ke rumahnya:

"Selamat datang aku ucapkan kepada kalian yang datang untuk suatu kebahagiaan. Akan tetapi, jika kalian datang ke rumahku  bukan untuk itu, maka sebaiknya kalian kembali sahaja."


Sunday, July 29, 2012

Sakitnya bersabar

Bismillahirrahmanirrahim

Adalah sesuatu yg memedihkan apabila seorang yg kita memang ikhlas dan cinta padanya, menolak mentah-mentah nasihat kita.

Dan membalas nasihat kita dengan sesuatu yg sangat.. sangat... sangat merobek hati ini. Tusukan panahan yg entah berapa baru dapat aku gambarkan sakitnya.

Spontan aku tertanya-tanya.

Apa.. tidak kau sedar cinta ini padamu?

Apa.. tidak ada cinta di dadamu padaku?

Apa... sememangnya tiada cinta di antara kita?

Jawablah!!!!!!!!!!!

Tangan ini menggeletar untuk menitipkan kata balas untukmu.. Kata-kata yg sudah semestinya tersuntik dengan jarum-jarum emosi syaitan.

tetapi...

Dalam aku memikirkan ayat terbaik untuk menampar imanmu, tiba-tiba aku kehilangan segala kata-kata.

Kosong.

"Kenapa...?"
"Kenapa otak ini tiba-tiba terhenti untuk memikirkan ayat-ayat 'istimewa' untuk dia?"
"Kenapa segala anggota tubuh ini seolah-olah membenci niat aku ini? Serentak memboikot aku?"


..............


Astaghfirullah... Allah..


Kerana itu sesuatu yg salah wahai gadis! Apa kau tidak mengerti?

"Zaman ini adalah zaman kelembutan, kesabaran dan hikmah, dan bukanlah zaman kekerasan. Manusia kebanyakannya berada dalam kejahilan, dalam kelalaian, cenderung kepada dunia.. 

Justeru, kesabaran itu satu kemestian, dan kelembutan itu satu kemestian hingga sampainya dakwah, sehingga sedarnya manusia, dan sehingga mereka mengetahui. 

Kita memohon kepada Allah, agar Dia memberikan hidayah kepada kita semuanya." 

-'Abdul 'Aziz bin Baaz