Friday, December 20, 2013

Sedekah.Penipuan.Duit

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Baik, ini entry pertama saya sejak menjadi isteri kepada seseorang :p

Bercakap mengenai duit, suami saya kata saya agak pandai berbelanja. Rabak poketnya bila kehadiran saya..

haha

Baru-baru ini, saya terbaca tentang penipuan perniagaan online. Pembeli ditipu. Lagi-lagi bila melibatkan perniagaan muslim. Jubah yg dibeli belum sampai. Peniaga deactivate fb nya kononnya sakit dan sudah mati.

hmm...

Rasanya kenapa ya kita jadi macam ni ?

Duit.. kita memandangnya sebagai apa ?

Sesuatu yg sangat bernilai ? Berharga ?

Sangat bernilai, hingga mampu membelikan kita syurga ?

:(

Rasa sedikit sedih...

Kita sanggup menipu, melalukan benda-benda yg jahat kerana inginkan duit yang banyak. Duit yang banyak dapat membeli kepuasan hidup di dunia ini. Beli banglo, kereta sport ferrary, melancong ke overseas, pakai baju setiap hari bertukar baru, makan enak-enak, hidup senang....

Akhirnya... kita ke mana lagi ?

Apakah kita nanti akan mati dalam kepuasan yg kekal ?

Kita manusia, tak kan pernah rasa puas. Hanya mereka yg bertaqwa tahu untuk berasa sentiasa cukup..

Sedikit, tetapi sentiasa cukup...

Sentiasa untuk buatkan memang CUKUP sangat sebenarnya.

:)

Ada duit, beli lah..
Tiada duit, cari dulu.. belilah lain kali..

Simplekan formula ini ?

Duit sebenarnya adalah satu syarat untuk kita beli keperluan dan kehendak kita. Itu sahaja. Tapi, yang kita nak tipu sana-sini, gadai nilai diri ni buat apa ?

Gadaikan diri kerana ingin membeli handphone Iphone 5s...
Gadaikan agama kerana nak dapat RM100 tanpa bekerja..

Kita tak rasa malu ke  ?

Murahnya kita...

Bagi yg 'liat' pula nak bersedekah atas sebab sindiket, nanti pengemis ni buat beli arak / rokok / main game kat cc, fikir pengemis ni lagi kaya dari aku.. aku kerja sejam pun baru dapat 5 ringgit, dia senang-senang dapat RM50 sejam.

Actually, kita tak akan terfikir benda-benda di atas bila kita set minda kita.. "Aku infaq sebahagian harta ini kerana Allah, semoga harta ini bermanfaat pada si penerima dan ini juga tabung aku untuk akhirat sana."

Si penerima gembira,
Kita pun gembira

Kan ? ;)

Dah tu, buat apa nak pening-pening bila bersedekah. Dia nak buat apa dengan duit itu, doakanlah semoga Allah memberi petunjuk kepadanya.. haishhh !!

Patutnya yang kita risaukan sangat ini :

"Status tabung aku kat sana camna hah ? Sudah tahap kritikal ke camna ? Eh, jap. Aku ada buat tabung ke ???? :O"

Hati yang sakit, akan selalu menyakitkan kepala. Senyum bahagia sudey.. tabung terisi, ada orang bahagia.. kita pun lalalala ~~~

Hidup bahagia ke, nak hidup kaya ? Pilih.

Alhamdulillah



2 comments:

ikan paus biru said...

Alhamdulillah.. baguslah.. :)

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT