Monday, December 3, 2012

Kesakitan dan Kematian

Bismillahirrahmanirrahim

Saudaraku,

Kita tidak perlu khuatir terhadap kematian.
Kesakitan tidak akan mempercepatkan ajal,
Kesihatan tidak pula akan menjauhkan ajal dari seorang pun,
Semua terpulang pada takdir-Nya.

'Ali bin Abu Thalib r.a melantunkan:

"Betapa banyak orang sehat yang meninggal tanpa alasan,
dan betapa banyak orang sakit yang berumur panjang

Bahkan banyak pemuda yang sehat pada pagi dan petang,
namun tanpa disedari kain kafannya sudah dipersiapkan "


Sumber: http://shechive.files.wordpress.com


Saudaraku,

Ingatlah bahawa seberapa panjang pun umur seseorang, pasti dia akan mengalami kematian.
Andai kamu sedang bersedih menanggung kesakitan, menghitung detik-detik masa yg tersisa... hadapilah ia dengan kebesaran hati. Bersabarlah seperti orang yang mulia. :)

Semua akan indah pada waktunya.. in syaa Allah

---------------

 Dari Sa'ad bin Abu Waqqash radhiallahu 'anh, dia berkata bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:


مَا يَبْرَحُ الْبَلَاءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الْأَرْضِ لَيْسَ عَلَيْهِ خَطِيْئَةٌ


"Seorang hamba akan selalu mendapat ujian hingga Allah membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa memiliki dosa lagi."  - HR At-Tirmidzi (IV/520, 2398)


Wallahu'alam

No comments: