Friday, September 23, 2011

Kehidupan ini

Bismillah

Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan ke pesta konvo USM di Pulau Pinang. Sangat besar.. Tapi, saya tak sempat nak terokai semua sebab ingin tiba ke Kuala Lumpur sebelum larut malam.

Alhamdulillah.. sempat beli sejambak bunga untuk kakak dan juga 2 buah buku. Semuanya rezeki dari Allah.. alhamdulillah. :)

Di sini ada sedikit perkongsian mengenai kehidupan. Saya sangat suka 1 petikan ini dalam buku "Indahnya Syurga - Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni"


. . . .  .  . . . . ..  .

Di muka surat 60:

Pada suatu hari Mu'awiyah ditanya yang pada saat itu beliau sudah berusia tujuh puluh tahun, ada yang mengatakan sudah berusia lapan puluh tahun.

Beliau ditanya: "Bagaimana menurutmu kehidupan ini?"

Mu'awiyah menjawab:

"Aku telah memakai pelbagai macam pakaian maka aku tidak pernah menemukan pakaian yg lebih indah seperti pakaian taqwa..

Aku telah meminum pelbagai macam minuman maka aku tidak pernah menemukan minuman yang lebih pahit daripada kekalahan..

Aku telah memakan pelbagai macam makanan maka aku tidak pernah melihat makanan yang lebih lazat daripada sabar menghadapi musibah..

Aku telah bergaul dengan saudara dan sahabat-sahabat maka aku tidak pernah melihat sahabat atau saudara  yang lebih utama daripada orang yang memiliki rasa takut kepada Allah ketika aku duduk bersamanya, dia berhadapan denganku dan aku berhadapan dengan dia dalam suatu majlis dan tiada siapa pun di antara kami melainkan Allah.."

Masya Allah.. sangat tepat bukan apa yg dinukilkannya? :')


Sumber gambar diperoleh dari http://akuislam.com/


"Apabila engkau mahu mencari sahabat

Maka bersahabatlah dengan orang yang
 bersungguh-sungguh

Iaitu orang yang memiliki sifat iffah, malu
dan mulia

Sahabat yang mengatakan tidak apabila engkau
 berkata tidak

Sahabat yang mengatakan iya apabila engkau
 berkata iya.."

- Ibnu Mubarak -

No comments: