Friday, August 12, 2011

Kedai gunting rambut itu

Bismillah

Pagi ini, ingin bercerita al-kisah dot dot dot

+++++++++++++++

Ada sebuah kedai gunting rambut terletak di tengah kota. Pemiliknya seorang lelaki berbangsa India. Agak peramah orangnya.

Pelanggan setianya ramai. Ada yg kecil dan ada yg sudah berumur. Masing-masing ingin menggunting rambut di sana. Dalam banyak-banyak pelanggannya, ada seorang bapa selalu datang bersama anaknya. Katanya, anaknya ingin gunting rambut gaya Murphy dalam cerita Robocop.

Sumber gambar : http://filmsofthe80s.blogspot.com


hmm..

Itu cerita 20 tahun dahulu..

Kini, kedai gunting rambut itu semakin maju. Tetap berada di tengah kota. Pelanggannya semakin bertambah saban tahun.

Dan si anak itu pula sekarang sudah bekerja, mempunyai keluarga sendiri.. dan sudah tentu gaya rambutnya tidak lagi gaya Murphy. Ah.. itu cuma rasa taksub kanak-kanak pada seorang hero Robocop sahaja!

Si bapa pula seperti biasa. Menuju ke kedai gunting rambut dengan motosikal lapuknya. Sendiri.

Kehadiran si bapa ke kedai disambut baik sekali. Sambil menggunting sambil bersembang. Hai.. banyak sungguh pemilik kedai itu ingin bercerita. Ada saja benda yg nak dibualkan.

Hinggalah.. si pemilik kedai berkata, "Hei, Isnin kelmarin anak u datang gunting rambut sini."

Si bapa tersenyum. "Anak saya?"

Pemilik kedai mengiyakan, "Ya.. anak u lah!"

Si bapa terus tersenyum. Senyuman yg penuh makna. Penuh rahsia.

Hatinya sedang sarat dirudung perasaan yg bercampur-baur. Pulangnya dari kedai gunting rambut itu, membawa pelbagai persoalan.

" Dahulu, orang tua inilah yg perkenalkan anak itu dengan kedai gunting rambut itu. Sekarang, dia lebih ingat kedai gunting rambut itu daripada menjenguk diriku."

Gumamnya sendiri.


-tamat-


** - Lama tak tulis cerpen. Ni kalau masa SPM dapat berapa je?

No comments: