Tuesday, August 28, 2012

Jodoh yg pasti

Adalah MATI.

Takut, saya takut...


Muhammad Farid adalah rakan sekolah kakak saya, Sekolah Teknik Tuanku Ja'afar. Baru-baru ini, arwah baru dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Yang paling terkesan, arwah sangat suka post gambar-gambar anaknya. Setiap detik bersama anaknya di-update dalam facebook. Disebabkan anaknya juga menghidap jaundice, jadi selalu juga arwah telefon kakak tanyakan pendapat. (anak kakak dulu pun menghidap jaundice)

Tup.. tup.. tup. Sudah meninggal.. innalillahi wa inna ilaihi raajiuun


..............


Sekelip mata, seorang wanita yang masih dalam pantang menjadi balu.

Sekelip mata, seorang anak yg baru beberapa hari lahir menjadi yatim.



** - Semoga Allah ampunkan dosa dia semuanya. Semoga keluarganya terutamanya isterinya tabah dan kuat menghadapi semua ini.. amin

Tuesday, August 14, 2012

Ujub dengan ilmu

Assalamu'alaikum warahmatullah..

Masruq rahimahullahu berkata:

 “Cukuplah seseorang dikatakan berilmu jika ilmu tersebut membuahkan rasa takut kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Sebaliknya, cukuplah seseorang dianggap bodoh tatkala membanggakan diri dengan ilmunya.”

Apalah gunanya ilmu yg sekadar jadi santapan indah bagi mata masyarakat,tetapi tidak pula pada pandangan-Nya. Takut kan kalau semua ilmu yg kita dapat, tidak terangkat ke langit sedikit pun.... di saat pintu-pintu langit terbuka luas.

Merasakan diri baik, bukankah memberi kita ruang untuk merendah-rendahkan yg lain ?

Semoga Allah mengampunkan dosa kita kesemuanya.. amin

Wednesday, August 8, 2012

Mu'adzah

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah..

Saya rasa gembira hari ini.. anda pula ? Semoga gembira, bahagia, tenang juga ;)

Tetapi, rasanya dapatkah kita tetapkan hati kita bila berdepan dengan ujian kematian orang yang kita sayangi seperti yang dirasai Mu'adzah (wafat pada 83H) ?

Ketika suami dan anak lelakinya syahid di medan perang, kata-kata ini yg terungkap bila sekumpulan wanita datang ke rumahnya:

"Selamat datang aku ucapkan kepada kalian yang datang untuk suatu kebahagiaan. Akan tetapi, jika kalian datang ke rumahku  bukan untuk itu, maka sebaiknya kalian kembali sahaja."


Sunday, July 29, 2012

Sakitnya bersabar

Bismillahirrahmanirrahim

Adalah sesuatu yg memedihkan apabila seorang yg kita memang ikhlas dan cinta padanya, menolak mentah-mentah nasihat kita.

Dan membalas nasihat kita dengan sesuatu yg sangat.. sangat... sangat merobek hati ini. Tusukan panahan yg entah berapa baru dapat aku gambarkan sakitnya.

Spontan aku tertanya-tanya.

Apa.. tidak kau sedar cinta ini padamu?

Apa.. tidak ada cinta di dadamu padaku?

Apa... sememangnya tiada cinta di antara kita?

Jawablah!!!!!!!!!!!

Tangan ini menggeletar untuk menitipkan kata balas untukmu.. Kata-kata yg sudah semestinya tersuntik dengan jarum-jarum emosi syaitan.

tetapi...

Dalam aku memikirkan ayat terbaik untuk menampar imanmu, tiba-tiba aku kehilangan segala kata-kata.

Kosong.

"Kenapa...?"
"Kenapa otak ini tiba-tiba terhenti untuk memikirkan ayat-ayat 'istimewa' untuk dia?"
"Kenapa segala anggota tubuh ini seolah-olah membenci niat aku ini? Serentak memboikot aku?"


..............


Astaghfirullah... Allah..


Kerana itu sesuatu yg salah wahai gadis! Apa kau tidak mengerti?

"Zaman ini adalah zaman kelembutan, kesabaran dan hikmah, dan bukanlah zaman kekerasan. Manusia kebanyakannya berada dalam kejahilan, dalam kelalaian, cenderung kepada dunia.. 

Justeru, kesabaran itu satu kemestian, dan kelembutan itu satu kemestian hingga sampainya dakwah, sehingga sedarnya manusia, dan sehingga mereka mengetahui. 

Kita memohon kepada Allah, agar Dia memberikan hidayah kepada kita semuanya." 

-'Abdul 'Aziz bin Baaz

Aku bukan wanita solehah

Bismillahirrahmanirrahim..

Penulis tidak dapat melakukan rutinnya setiap malam.. Di buka kitab, dia menangis. Dia beristighfar.. dia menangis.. Kitab tafsir hijau dipegang tidak seperti selalu.. hanya diselak dengan lelehan air mata.

Dia ingin mentadabbur kitab itu seperti hari-hari yg lalu...tapi, hatinya tidak dapat meneruskan..

Kitab hijau ditutup semula.. lalu dicapai laptop. Untuk menulis blog ini.

Sekadar untuk memberitahu yg berkenaan..


"Wahai,

Maafkan aku kerana tidak seperti yg engkau inginkan..

Seorang wanita solehah,

Bukanlah mudah,

Bagiku, wanita solehah itu,

Seorang wanita yg telah pasti,

Menggenggam tiket untuk ke syurga-Nya !

Dan sudah tentu... bukanlah aku "

Saturday, June 23, 2012

Susah

Bismillahirrahmanirrahim....

Susah akan terasa bila kita tidak rasa senang. Betul ?
Tetapi, belum tentu ada orang yang turut sama merasa susah macam yang kita rasa.

Ada orang rasa susah bila tiada topup..
Ada orang yg rasa susah bila sesat jalan..
Ada juga orang yg susah bila jawab exam..

Tetapi, dalam kita merasa susah dan mengeluh susah ada orang lain melihat kita bagaikan sempurna segala.

Punyai wang untuk makan.
Punyai rumah untuk tidur nyaman.
Punyai peluang belajar tinggi-tinggi..

Mereka tidak pernah merasa, dan kesilapan kita pula yang tidak pernah cuba memahami.



Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, 

“Seandainya manusia mengetahui bahawa nikmat Allah yang ada dalam musibah itu tidak lain seperti halnya nikmat Allah yang ada dalam kesenangan, nescaya hati dan lisannya akan selalu sibuk untuk mensyukurinya.”


(Syifaa-ul ‘Aliil: 525)




Saturday, January 14, 2012

Kak As, Kak Sri dan Kak Zaini

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Baru-baru ini, Kak Zaini menghubungi saya melalui fb. Mengajak berjumpa di Karangkraft. Alhamdulillah.. perjumpaan yang singkat semasa Bengkel Penulisan v2.0 dahulu telah menemukan kami berdua ke dalam suatu ukhuwah yang unik. Ukhuwah yang beraurakan semangat untuk menjadi penulis. :)

Siapa dia Kak Zaini ni?

Seorang cikgu biasa tetapi rajin menghantar sajak nukilannya di majalah dan juga di surat khabar. Dalam hati ini  terdetik rasa kagum pabila dia mengeluarkan majalah-majalah yang memuatkan sajaknya. Tak pernah lagi diri ini terfikir nak menghantar nukilan untuk tatapan umum. Rasa macam terlalu "advance" dan macam serius sangat nak jadi sasterawan negara. Nanti se-geng pula dengan A. Samad Said.. =D

Duduk di sebelah kanan saya semasa di bengkel pula adalah Kak As. Kak As adalah seorang penulis buku. Ya, saya duduk di sebelah seorang penulis buku. Macam sukar untuk dipercayai saya boleh duduk di sebelah seorang penulis, makan bersamanya di satu meja, bersembang, bergelak ketawa... sekali pula dengan Kak Sri! Kak Sri ni pula dikalangan peminat novel memang sangat terkenal ye. Sama berdiri sama tinggi dengan RAM.


.........................


Ni nak jumpa ni nanti, rasa nak menulis tiba-tiba datang. Mungkin saya akan bermula sedikit demi sedikit di blog ini dahulu. Mewujudkan bakat walaupun tiada. Masih sempat, dan tidak terlambat pun bukan?

Jangan risau.. saya sudah biasa rasa macam terlambat. Yang pernting buat.

Wallahul musta'an